Terma & Syarat

Terma & Syarat2017-07-23T19:15:03+00:00

Untuk mengurangkan risiko ketidakpuasan hati anda atas servis kami, kami perlu menggariskan beberapa perkara penting supaya anda turut jelas dengan keperluan yang kami perlukan dari anda. Ini bagi menjaga kebajikan antara kedua-dua pihak supaya sebarang risiko dapat dikurangkan.

Syarat tempahan

Tempahan hendaklah dilakukan selewatnya 7 hari sebelum dari tarikh majlis berlangsung. (Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan anda kecewa kerana tempahan sudah penuh).

Deposit 50% dari jumlah keseluruhan diwajibkan untuk membuat tempahan. Bayaran baki sewaktu penerimaan kambing. Pemilihan hendaklah dilakukan seminggu sebelum majlis.

Perkhidmatan tempahan hanya sah untuk kawasan berikut:

a) Pasir Gudang
b) Johor Bahru
c) Ulu Tiram
d) Pulai
e) Skudai
f) Kota Tinggi
g) Kulai

Pembatalan

Segala tujuan pembatalan adalah perlu dilakukan secara bertulis melalui whatsapp. Pembatalan secara verbal (penggilan telefon dan sebagainya) adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pembatalan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 4 hari sebelum majlis.

Sebarang bayaran yang telah dilakukan akan dikenakan caj sebanyak 10% dari jumlah tersebut sekiranya pembatalan dilakukan 4 hari sebelum dari tarikh majlis.

Sekiranya pembatalan dilakukan kurang dari 4 hari, 100% duit tersebut tidak akan dipulangkan (Walau bagaimana pun tertakluk kepada budi bicara kami)

Tarikh, Masa dan Tempat Majlis (Tempahan Masak & Golek)

Anda perlu memberikan maklumat lengkap dan tepat di mana majlis tersebut bakal di adakan.

Sila berikan tarikh dan masa majlis setepatnya. Ini kerana kami akan sampai lebih kurang 30 – 60 minit lebih awal dari majlis makan tersebut.

Masa untuk hidangan kambing golek adalah seperti berikut:
a) Maksimum 3 jam dari majlis bermula atau lebih awal
b) Sebarang perubahan masa hendaklah dimaklumkan 48 jam sebelum majlis bermula.

Masa dan tarikh majlis harus diberikan secara bertulis melalui Whatsapp sahaja. Pemberitahu secara lisan mungkin akan menyukarkan pencarian lokasi.